banner_01

TERMA DAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN HPM 2024 (WAJIB BACA)

1. Peserta yang ingin mengambil bahagian WAJIB LIKE dan FOLLOW akaun rasmi Facebook/Instagram/TikTok FOMCA, @fomcaofficial.
2. Peserta wajib mendaftar dengan mengisi borang penyertaan atas talian yang boleh didapati di laman sesawang www.mypengguna.com
3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Walau bagaimanapun, setiap peserta hanya layak menerima satu sijil penyertaan dan satu hadiah sahaja.
4. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal/ asli dan tidak menciplak mana-mana hak cipta orang lain. Pihak penganjur berhak untuk menolak hasil karya yang tidak asli.
5. Semua jenis pertandingan HPM 2024 TIDAK BOLEH menggunakan bahasa berbaur lucah dan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian antara perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan masyarakat Malaysia serta tidak menghina mana-mana individu, pertubuhan dan juga pemimpin.
6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan segala kandungan (content) video di akaun media sosial peserta yang mencemarkan nama agensi/organisasi lain dan yang menimbulkan kontroversi.
7. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Semua hasil karya peserta akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web, media sosial FOMCA dan lain-lain.
8. Segala perubahan pada terma dan syarat adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
9. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Keputusan daripada pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.
11. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dengan sebarang kos perbelanjaan yang terlibat atau kerugian yang ditanggung oleh peserta dalam penghasilan karya.
12. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan atau yang tidak lengkap.
13. Pertandingan ini tertakluk kepada sebarang perubahan polisi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).