banner_01

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN KEPENGGUNAAN

KATEGORI :
KATEGORI C    Umum (Terbuka kepada semua pelajar sekolah dan warganegara Malaysia)

SYARAT PENYERTAAN
1.    Peserta boleh memilih untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan tajuk dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam poster lukisan).
2.    Pemilihan permukaan dan penggunaan teknik adalah bebas.
3.    Lukisan boleh dihasilkan secara satu bingkai (1 frame) atau lebih, iaitu 2 hingga 3 bingkai.
4.    Lukisan kartun menggunakan dakwat atau cat air sahaja.
5.    Lukisan kartun adalah dalam saiz A3 atau 420mm x 297mm.
6.    Lukisan kartun hendaklah disertakan dengan dialog.
7.    Setiap lukisan kartun perlu mempunyai logo FOMCA.

8.    Lukisan kartun yang tidak mengikut saiz yang ditetapkan dan tidak mengikut tema atau tajuk yang diberikan akan ditolak dan sijil penyertaan tidak akan diberikan.
9.    Salinan Borang penyertaan/Printscreen borang (yang dihantar melalui emel selepas mengisi borang pendaftaran melalui laman sesawang www.mypengguna.com) hendaklah ditampalkan di belakang lukisan kartun di mana WAJIB mempunyai maklumat peserta seperti NAMA, UMUR, EMEL dan juga NOMBOR RUJUKAN untuk rujukan pihak urusetia.
10.    Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap dan jelas. Borang yang tidak lengkap tidak akan diberikan sijil penyertaan.
11.    Setiap lukisan perlulah idea asli daripada peserta, jika pihak urusetia dapati peserta menciplak ATAU meniru mana-mana grafik maka penyertaan peserta yang terlibat akan dibatalkan dan tidak layak untuk menerima sijil penyertaan.
12.    Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
13.    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648.
14.    Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.   Bagi peserta yang mengarang esei menggunakan TULISAN KOMPUTER (Kategori B dan C), sila simpan esei anda dalam bentuk fail PDF sebagai rujukan dan cara penghantaran esei adalah dengan memuat naik salinan PDF tersebut melalui laman sesawang Hari Pengguna Malaysia (HPM), www.mypengguna.com
3.    Manakala bagi esei TULISAN TANGAN, hendaklah dihantar/dipos kepada pihak urusetia di alamat:
             Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2024
             No. 24, Jalan SS1/22A,
             47300 Petaling Jaya, Selangor

4.    Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024

KAEDAH PENILAIAN
1.    Hasil karya perlu bertepatan dengan tajuk yang dipilih dan merupakan idea asli daripada peserta. Sebarang hasil karya lukisan kartun yang mengandungi unsur ciplak atau meniru mana-mana grafik akan ditolak dengan serta merta.
2.    Lukisan kartun yang berkonsepkan humor, menarik dan mesej yang kreatif.
3.    Kreativiti dan inovasi.

 

TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN:

KATEGORI C: UMUM

KOD TAJUK

TAJUK

KC 1

Kesan sosial akibat kenaikan kos sara hidup / Social impact of rising cost of living

KC 2

Tabiat rakyat Malaysia dalam penggunaan air / The Habit of Malaysians in Water Usage

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI C (AWAM)

PEMENANG PERTAMA

RM 1,000 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 800 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 200 + SIJIL PENYERTAAN

 

 

 

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)