banner_01

ANUGERAH GURU HPM 2024

KATEGORI
KATEGORI A1 G   :   Guru yang mengajar di Sekolah Rendah (SK, SJKC, SJKT)
KATEGORI A2 G   :   Guru yang mengajar di Sekolah Menengah 

OBJEKTIF
1.    Untuk mengenal pasti guru-guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
2.    Mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda mengenai kepentingan ilmu kepenggunaan. 

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.    Sediakan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2024 yang mengandungi profil guru, profil sekolah, serta senarai aktiviti kepenggunaan bersama pihak pelajar, warga sekolah atau komuniti kejiranan sebagai bukti sokongan dalam anugerah ini. Jumlah halaman kertas kerja tersebut tidak melebihi 5 muka surat (tidal termasuk lampiran).
3.    Guru yang ingin bertanding dalam Anugerah Guru ini juga digalakkan menyertai taklimat kepenggunaan HPM yang dianjurkan oleh pihak FOMCA (Sila hubungi pihak urusetia HPM untuk maklumat lanjut) dan juga digalakkan untuk menyertai pertandingan HPM 2024 di bawah kategori umum. 
4.    Borang Anugerah Guru HPM 2024 yang telah siap diisi perlu dilampirkan bersama dengan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2024 dan emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
5.    Semua guru boleh menyertai dalam pertandingan ini kecuali Guru Besar, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.
6.    Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi Urusetia HPM di talian 03-78774741 / 03-7876 4648 atau layari laman sesawang di www.mypengguna.com
7.    Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024

PENILAIAN
1.    Panel mengambil kira penglibatan guru yang aktif di dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kepenggunaan termasuk penglibatan guru, pelajar sekolah (tempat guru berkhidmat) di dalam penyertaan Pertandingan HPM 2024.
2.    Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan berdasarkan ringkasan Kertas Kerja Anugerah Guru HPM 2024 yang dihantar oleh guru dan memastikan guru memenuhi kriteria Anugerah ini.

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI A1 (SEKOLAH RENDAH) 

HADIAH (3X)

RM2,000 + SIJIL PENGIKTIRAFAN

 

KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH) 

HADIAH (1X)

RM2,000 + SIJIL PENGIKTIRAFAN