banner_01

PERTANDINGAN MELUKIS MURAL KEPENGGUNAAN 

KATEGORI
KATEGORI A2   :  Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

KATEGORI B     :  Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Latihan Guru, Pra-Universiti (A-Levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)


TEMA:
1.    Kelestarian Tenaga
2.    Kelestarian Air dan Kumbahan

 

SYARAT PENYERTAAN
1.    Peserta boleh memilih salah satu tema yang telah ditetapkan bagi lukisan mural.
2.    Jumlah penyertaan dihadkan kepada satu (1) penyertaan sahaja sama ada individu atau berkumpulan. Jika berkumpulan hanya dihadkan kepada lima (5) orang sahaja dan setiap penyertaan hendaklah dibimbing oleh seorang guru/pensyarah/penasihat.
3.    Saiz lukisan mural yang disediakan adalah dalam saiz A3 yang dihasilkan menggunakan tangan dengan penggunaan pensel warna, pen atau warna air.
4.    Penggunaan aplikasi digital, lukisan grafik, adaptasi menggunakan komputer atau lain-lain dalam penyediaan lukisan mural adalah tidak dibenarkan.
5.    Lukisan mural perlu berdasarkan dinding sebenar yang dipilih contohnya bilik darjah, bangunan sekolah, bangunan institusi, dewan orang ramai dan sebagainya.
6.    Para peserta juga dikehendaki mengambil empat (4) keping gambar yang menunjukkan bukti proses lukisan mural di bahagian dinding yang dipilih seperti kerja akhir lukisan, pertengahan mewarna, kerja akhir mewarna dan hasil karya yang telah siap. 
7.    Gambar tersebut WAJIB dikepilkan bersama dengan lukisan mural (scanned copy) yang dihantar kepada pihak urusetia HPM melalui emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Subjek emel: Pertandingan Lukisan Mural HPM2024) untuk simpanan dan rujukan pihak penganjur.
8.    Setiap lukisan perlulah idea asli daripada peserta, jika pihak urusetia dapati peserta menciplak ATAU meniru mana-mana grafik maka penyertaan peserta yang terlibat akan dibatalkan dan tidak layak untuk menerima sijil penyertaan.
9.    Lukisan mural yang tidak mengikut saiz yang diberikan dan tidak mengikut tema atau tajuk yang ditetapkan akan ditolak dan sijil penyertaan tidak akan diberikan.
10.  Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru/Pensyarah/Penasihat projek juga akan turut menerima sijil penyertaan.
11.   Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648.
12.   Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

CARA PENYERTAAN
1.)    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.) Empat (4) keping gambar tersebut WAJIB dikepilkan bersama dengan lukisan mural (scanned copy) berserta maklumat peserta seperti Nama Peserta, Tema, Nama Sekolah/IPTA(S) dan perlu diemelkan kepada pihak urusetia HPM melalui emel, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Subjek emel: Pertandingan Lukisan Mural HPM2024) untuk simpanan dan rujukan pihak penganjur.
3.)  Penghantaran hasil karya ini perlu dibuat sebelum 30 September 2024 (sebelum jam 11.59 malam)
4.)  Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com 

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024

KAEDAH PENILAIAN
1.    Lukisan mural perlu bertepatan dengan tajuk yang dipilih dan merupakan idea asli daripada peserta. 
2.    Penerangan maksud lukisan mural.
3.    Kreativiti dan inovasi.

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI A2 SEKOLAH MENENGAH

PEMENANG PERTAMA

RM 800 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

 

KATEGORI B (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KOLEJ LATIHAN GURU, PRA-UNIVERSITI)

PEMENANG PERTAMA

RM 800 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

 

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).