banner_01

ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERINGKAT SEKOLAH

KATEGORI  
KATEGORI A1 S    :  Sekolah Rendah (SK, SJKC, SJKT)
KATEGORI A2 S    :  Sekolah Menengah 

OBJEKTIF
1.    Untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak bagi pertandingan Hari Pengguna Malaysia (HPM) 2024.
2.    Untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
3.    Mengiktiraf sekolah dan guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda mengenai kepentingan ilmu kepenggunaan. 

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.    Borang Anugerah Penyertaan Terbanyak yang telah siap diisi perlu dilampirkan bersama dengan hasil karya pelajar sekolah yang dihantar/dipos ke alamat :
               Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2024
               No. 24, Jalan SS1/22A,
               47300 Petaling Jaya, Selangor.

3.    Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
4.    Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024


KAEDAH PENILAIAN
1.    Panel mengambil kira latar belakang sekolah dan jumlah penglibatan pelajar dalam Pertandingan HPM 2024.
2.    Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan dan memastikan sekolah memenuhi kriteria Anugerah ini.
3.    Sekolah yang telah disenarai pendek akan dihubungi oleh urusetia HPM dan perlu menghantar profil sekolah serta senarai aktiviti sebagai bukti sokongan dalam anugerah ini.

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI A1 (SEKOLAH RENDAH) 

HADIAH (3X)

RM2,000 + SIJIL PENGIKTIRAFAN

 

KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH) 

HADIAH (1X)

RM2,000 + SIJIL PENGIKTIRAFAN