banner_01

PERTANDINGAN ‘SPEAK-UP’ (PROJEK MASYARAKAT/KOMUNITI)

KATEGORI  :
KATEGORI A2  :  Sekolah Menengah

KATEGORI B    :  Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Latihan Guru, Pra-Universiti (A-Levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)


TOPIK:
KELESTARIAN AIR DAN KUMBAHAN 

•    Penyertaan boleh dihasilkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
•    Kertas kerja hendaklah ditaip menggunakan tulisan “Arial 11 poin” dan dicetak atas kertas A4.

CARA PENYERTAAN:
1.    Projek ini MESTI memberi kepentingan kepada masyarakat/komuniti di sekitar sekolah atau institusi (Walaupun tapak projek bertempat di sekolah atau institusi anda).
2.    Jumlah ahli kumpulan hendaklah antara 3 hingga 5 orang. Setiap kumpulan hendaklah dibimbing oleh seorang guru/pensyarah/penasihat.
3.    Kumpulan yang ingin menyertai pertandingan SPEAK UP, WAJIB memaklumkan kepada pihak Urusetia HPM di talian 03-7876 4648 (Pegawai in charge, Puan Liyana) atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum menghantar kertas cadangan.
4.    Pihak Urusetia akan mengaturkan pertemuan melalui platform atas talian (Google Meet) bagi menerangkan panduan dan cara-cara untuk menyediakan kertas cadangan dan elemen-elemen penting yang perlu diketahui oleh peserta. Tarikh dan waktu sesuai boleh dibincangkan dengan pihak Urusetia bagi sesi taklimat ini sebelum 30 April 2024.
5.    Selepas taklimat ini, peserta hendaklah menghasilkan satu kertas cadangan yang membincangkan masalah dan pelan penyelesaian isu atau topik yang ingin diketengahkan untuk perhatian pihak sekolah, institusi, atau masyarakat di sekeliling sekolah anda. Kertas cadangan mestilah dihantar kepada pihak Urusetia sebelum 10 Mei 2024.
6.    Kumpulan yang menghantar kertas cadangan tanpa menghubungi Urusetia untuk sesi taklimat akan menyebabkan penyertaan anda TIDAK akan dipertimbangkan.
7.    Jumlah halaman kertas cadangan tidak melebihi 15 muka surat (kertas bersaiz A4, tidak termasuk lampiran). Kertas cadangan hendaklah merangkumi segmen-segmen berikut:
            •    Latar belakang masalah yang ingin dibincangkan (Maksimum 3 muka surat)
            •    Objektif projek, kumpulan sasaran, jangka masa projek (Maksimum 1 muka surat)
            •    Pelan tindakan (Maksimum 7 muka surat).
            •    Hasil yang diharapkan (Maksimum 1 muka surat)
8.    Setiap kumpulan juga perlu menghasilkan bahan promosi bagi projek masing-masing (risalah, poster, buku panduan, “jingle”, pelekat sticker, T-shirt dan lain-lain) terpulang kepada kreativiti ahli kumpulan. Drawing sketch bagi sampel bahan promosi hendaklah disertakan bersama dengan kertas cadangan (Sertakan di bahagian Lampiran).
9.    Segala bahan promosi yang dihasilkan WAJIB mempunyai logo FOMCA.
10.  Dua (2) kumpulan daripada kategori A2 dan Dua (2) kumpulan daripada kategori B akan disenarai pendek berdasarkan kertas cadangan yang dihantar. Setiap kumpulan yang terpilih akan menerima dana berjumlah RM1,000.00 untuk melaksanakan projek yang dicadangkan serta untuk membuat persiapan bagi pameran.
11.  Kumpulan yang terpilih boleh mula melaksanakan projek bermula Jun 2024 selepas dihubungi oleh Urusetia HPM.
12.  Semua projek hendaklah diselesaikan pada pertengahan bulan September 2024.
13.  Setiap kumpulan terpilih hendaklah menghantar satu laporan akhir kepada pihak Urusetia HPM sebelum 30 September 2024.
14.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
15.  Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Guru/Pensyarah/Penasihat projek juga akan turut menerima sijil penyertaan.
16.  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648.

 

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian kertas kerja dan bahan promosi adalah berdasarkan kandungan, kreativiti dan pelaksanaan projek secara keseluruhan.

HADIAH PEMENANG:
KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH)
Pemenang (1x)  : RM 1,500 + SIJIL PENCAPAIAN + PIALA

KATEGORI B (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KOLEJ LATIHAN GURU, PRA-UNIVERSITI (A-LEVELS, TINGKATAN 6 & MATRIKULASI)
Pemenang (1x) : RM 1,500 + SIJIL PENCAPAIAN + PIALA


* Semua pemenang akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)