banner_01

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEPENGGUNAAN

KATEGORI:

KATEGORI A1  :  Sekolah Rendah (Darjah 4 – Darjah 6)

KATEGORI A2  :  Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

KATEGORI B   :  Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Latihan Guru, Pra-Universiti 
                            (A-Levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

KATEGORI C   :  Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)

 

SYARAT PENYERTAAN
1.    Peserta boleh memilih untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan tajuk dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam poster lukisan).
2.    Bebas menggunakan sebarang bahan pewarna.
3.    Lukisan grafik dan adaptasi menggunakan komputer tidak dibenarkan.
4.    Setiap lukisan poster perlu mempunyai logo FOMCA.
5.    Poster hendaklah dihasilkan atas kertas berukuran seperti berikut:
          •    37.5 cm x 27 cm (Drawing block) bagi Kategori A1
          •    420 mm x 594 mm (A2) bagi Kategori A2, Kategori B dan Kategori C

6.    Lukisan poster yang tidak mengikut saiz yang ditetapkan dan tidak mengikut tema atau tajuk yang diberikan akan ditolak dan sijil penyertaan tidak akan diberikan.
7.    Salinan Borang penyertaan/Printscreen borang (yang dihantar melalui emel selepas mengisi borang pendaftaran melalui laman sesawang www.mypengguna.com) hendaklah ditampalkan di belakang poster di mana WAJIB mempunyai maklumat peserta seperti NAMA, UMUR, EMEL dan juga NOMBOR RUJUKAN untuk rujukan pihak urusetia.
8.    Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap dan jelas. Borang yang tidak lengkap tidak akan diberikan sijil penyertaan.
9.    Setiap lukisan perlulah idea asli daripada peserta, jika pihak urusetia dapati peserta menciplak ATAU meniru mana-mana grafik maka penyertaan peserta yang terlibat akan dibatalkan dan tidak layak untuk menerima sijil penyertaan.
10.    Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
11.    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648.
12.    Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.   Bagi peserta yang mengarang esei menggunakan TULISAN KOMPUTER (Kategori B dan C), sila simpan esei anda dalam bentuk fail PDF sebagai rujukan dan cara penghantaran esei adalah dengan memuat naik salinan PDF tersebut melalui laman sesawang Hari Pengguna Malaysia (HPM), www.mypengguna.com
3.    Manakala bagi esei TULISAN TANGAN, hendaklah dihantar/dipos kepada pihak urusetia di alamat:
             Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2024
             No. 24, Jalan SS1/22A,
             47300 Petaling Jaya, Selangor

4.    Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024

KAEDAH PENILAIAN
1.    Hasil karya perlu bertepatan dengan tajuk yang dipilih dan merupakan idea asli daripada peserta. Sebarang hasil karya poster yang mengandungi unsur ciplak atau meniru mana-mana grafik akan ditolak dengan serta merta.
2.    Kreativiti dan inovasi.

 

TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN:

KATEGORI A1 (SEKOLAH RENDAH)

KOD TAJUK

TAJUK

PA1 1

Saya Pengguna Bijak / I Am a Wise Consumer

PA1 2

Pengangkutan Awam / Public Transportation

PA1 3

Keselamatan Jalan Raya / Road Safety

 

KATEGORI A2 (SEKOLAH MENENGAH)

KOD TAJUK

TAJUK

PA2 1

Peralihan Tenaga / Energy transition

PA2 2

Keterjaminan Makanan / Food Security

PA2 3

Jimat Air / Save Water

 

KATEGORI B (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KOLEJ, LATIHAN GURU, PRA-UNIVERSITI)

KOD TAJUK

TAJUK

PB 1

Pengurusan Kewangan Dengan Bijak / Smart Financial Management

PB 2

Nanoteknologi dan Pengguna / Nanotechnology and Consumers

PB 3

Obesiti dan Makanan Segera / Obesity and Fast Food

 

KATEGORI C: UMUM

KOD TAJUK

TAJUK

PC 1

Teknologi AI dan Pengguna / AI Technology and Consumers

PC 2

Keselamatan Makanan / Food Security

PC 3

Pengaruh Sosial Media / The Influence of Social Media

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI A1 SEKOLAH RENDAH

PEMENANG PERTAMA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

 

KATEGORI A2 SEKOLAH MENENGAH

PEMENANG PERTAMA

RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

 

KATEGORI B (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KOLEJ LATIHAN GURU, PRA-UNIVERSITI)

PEMENANG PERTAMA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

 

KATEGORI C (UMUM)

PEMENANG PERTAMA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

 

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)