banner_01

PERTANDINGAN REELS VIDEO KEPENGGUNAAN

KATEGORI :
KATEGORI A2   :  Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)
KATEGORI B    :   Institusi Pengajian Tinggi, Kolej Latihan Guru, Pra-Universiti (A-Levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)

SYARAT PENYERTAAN
1.    Peserta boleh memilih untuk menghasilkan video dengan menggunakan tajuk dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam video).
2.    Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau kumpulan (Jika berkumpulan, maksimum 3 orang).
3.    Masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan reels video adalah maksimum selama 3 minit.
4.    Sila pastikan semua muzik latar (jika ada) yang digunakan berstatus bebas royalti.
5.    Setiap reels video adalah merupakan hasil karya sendiri.
6.    Setiap penghasilan reels video perlu mempunyai logo FOMCA.
7.    Setiap penghasilan reels video mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem atau video.
8.    Peserta mestilah menggunakan peralatan rakaman sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau perakam video untuk menghasilkan reels video di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan. 
9.    Semua penyertaan yang mengikut syarat pertandingan akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
10.  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648.
11.  Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 30 September 2024.

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta wajib mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form ini, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di bawah. 
2.)    Peserta perlu memuat naik reels video kepenggunaan di akaun media sosial sendiri (Facebook, Instagram, TikTok) berserta:
            > caption video yang menarik dan kreatif mengikut ketetapan tema;
            > hashtag #FOMCA #HPM2024 #ReelsVideoKepenggunaan dan
            > wajib tag akaun @fomcaoffical dan juga tag 5 rakan di post tersebut.
3.)   Hashtag adalah WAJIB kerana tanpa hashtag, sukar untuk penganjur mengesan penyertaan peserta di media sosial dan memilih pemenang.
4.)  Peserta juga WAJIB menghantar reels video melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Subjek emel: Pertandingan Reels Video HPM2024) untuk simpanan dan rujukan pihak penganjur.
5.)   Peserta perlu memastikan akaun media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini berada dalam mod PUBLIC.
6.)   Sila ambil perhatian lokasi penggambaran boleh dibuat di mana-mana lokasi mengikut kreativiti masing-masing 

KOD QR : BORANG PENYERTAAN HPM 2024

KAEDAH PENILAIAN

1.      Reels video yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:

Menepati tema

30 Markah

Idea (isi kandungan) / Penyampaian

30 Markah

Kreativiti / Inovasi

30 Markah

Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak

10 Markah

Markah keseluruhan

100 Markah

 

         2.      Kandungan reels video mestilah kreatif dan menarik dan menepati dengan tajuk yang dipilih.

         3.      Mesej yang terkandung di dalam reels video mestilah yang boleh memberikan impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.

 

TAJUK PERTANDINGAN

KOD TAJUK

TAJUK

RC 1

Smart Meter dan pengguna / Smart Meter and Consumers

 

RC 2

Tip sebagai pengguna yang bijak ketika membuat pembelian / Tips for wise consumers purchases

 

RC 3

Gaya hidup yang menjamin kesihatan diri / Lifestyle Ensuring Personal Health

 

HADIAH PEMENANG

KATEGORI A2 SEKOLAH MENENGAH

PEMENANG PERTAMA

RM 700 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 100 + SIJIL PENYERTAAN

 

KATEGORI B (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, KOLEJ LATIHAN GURU, PRA-UNIVERSITI)

PEMENANG PERTAMA

RM 1,000 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEDUA

RM 800 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KETIGA

RM 600 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KEEMPAT

RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN

PEMENANG KELIMA

RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN

HADIAH SAGUHATI (3x)

RM 200 + SIJIL PENYERTAAN

 

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)