PERTANDINGAN MENGARANG ESEI KEPENGGUNAAN 2026
TERBUKA KEPADA KATEGORI :
• KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 4 - Darjah 6)
• KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 - Tingkatan 5)
• KATEGORI C : Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG), Pra-Universiti (A levels, Tingkatan 6 & Matrikulasi)
• KATEGORI D : Guru Sekolah
SYARAT PENYERTAAN
1. Pertandingan mengarang esei kepenggunaan mempunyai 2 pilihan bahasa iaitu:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
2. Panjang esei tidak melebihi
• 300 patah perkataan bagi kategori A
• 1,500 patah perkataan bagi kategori B
• 2,500 patah perkataan bagi kategori C dan D
3. Tulisan tangan dibenarkan untuk SEMUA KATEGORI (Kategori A, B, C, dan D):
• Esei perlulah ditulis dengan jelas dan kemas
4. Tulisan komputer HANYA DIBENARKAN bagi kategori C dan D sahaja (BOLEH PILIH tulisan tangan atau komputer)
• Esei perlulah menggunakan tulisan “Arial 12 poin”
• Semua esei perlulah jarak langkau 1.5
5. Setiap penyertaan esei WAJIB menyatakan JUMLAH PATAH PERKATAAN di bahagian bawah kanan esei.
6. Setiap idea karangan perlulah idea asli daripada peserta, jika pihak urusetia mendapati peserta memplagiat karangan maka nama peserta yang terlibat tidak layak untuk menerima hadiah dan sijil penyertaan.
7. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 7 OGOS 2026.
CARA PENYERTAAN
- Peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.

2. Bagi Sekolah yang ingin pos/hantar penyertaan pelajar SECARA BERKUMPULAN bagi Pertandingan Mengarang Esei, SILA MUAT TURUN template senarai nama (yang boleh didapati di www.mypengguna.com) dan SERTAKAN TEMPLATE yang telah diisi nama para pelajar bersama dengan hasil karya para pelajar.
3. Bagi peserta yang mengarang esei menggunakan TULISAN KOMPUTER (Kategori C dan D), sila simpan esei anda dalam bentuk fail PDF dan WAJIB memuat naik salinan PDF tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur.
4. Manakala bagi esei TULISAN TANGAN, hendaklah dihantar/dipos kepada pihak urusetia di alamat:
Urusetia Pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2026
No. 24, Jalan SS1/22A,
47300 Petaling Jaya, Selangor
5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com
TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN
KATEGORI A :
| Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris |
| EAM 1 : Peranan saya untuk mencegah perbuatan membuli di sekolah. | EAE 1 : My role in preventing bullying in school |
| EAM 2 : Mengapa saya perlu menyimpan duit? | EAE 2 : Why do I need to save money? |
KATEGORI B :
| Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris |
| EBM 1 : Alam sekitar semakin terancam akibat aktiviti manusia seperti pencemaran sungai, pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab dan penggunaan plastik yang tidak terkawal. Bincangkan peranan generasi muda dalam memelihara alam sekitar. | EBE 1 : The environment is increasingly threatened by human activities such as river pollution, irresponsible waste disposal, and uncontrolled use of plastic. Discuss the role of the younger generation in protecting the environment. |
| EBM 2 : Pada era media sosial hari ini, trend makanan viral semakin popular dalam kalangan masyarakat. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang unik, berwarna-warni sering tular di media sosial. Namun, persoalan utama ialah adakah makanan tersebut selamat untuk dimakan? Bincangkan. | EAE 2 : In today's social media era, viral food trends are becoming increasingly popular among society. Various types of unique and colourful food and beverages often go viral on social media. However, the main question is whether these foods are safe to consume. Discuss. |
KATEGORI C :
| Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris |
| ECM 1 : Keldai akaun merupakan individu yang membenarkan akaun bank atau dompet digital mereka digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan penipuan. Bincangkan mengapa golongan belia lebih mudah terpedaya dengan sindiket keldai akaun serta risiko undang-undang dan kewangan yang bakal dihadapi. | ECE 1 : Account mules are individuals who allow their bank accounts or digital wallets to be used by third parties for fraudulent activities. Discuss why young people are more easily deceived by account mule syndicates and the legal and financial risks they may face. |
| ECM 2 : Pengguna berhak mendapatkan produk yang selamat. Namun, pembelian dalam talian telah menyebabkan lambakan produk tidak selamat di platform digital. Apakah peranan pihak Kerajaan dan pihak industri dalam menjamin keselamatan produk di platform e-dagang? | ECE 2 : Consumers have the right to safe products. However, online purchasing has led to an influx of unsafe products on digital platforms. What are the roles of the Government and the industry in ensuring product safety on e-commerce platforms? |
KATEGORI D :
| Bahasa Melayu | Bahasa Inggeris |
| EDM 1 : Dalam usaha menangani peningkatan kos perubatan, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT). Sejauh manakah pelan ini mampu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan menjamin kemampanan sistem kesihatan negara? | EDE 1 : In addressing the rising cost of medical care, the government has introduced the Basic Medical and Health Insurance/Takaful Plan (MHIT). To what extent can this plan benefit Malaysians and ensure the sustainability of the national healthcare system? |
| EDM 2 : Akta Kredit Pengguna telah mula diperkenalkan pada tahun lepas. Sejauh manakah keberkesanannya dalam mengawal amalan kredit dan melindungi pengguna, khususnya dari segi pinjaman, pembiayaan, pembelian secara ansuran dan perkhidmatan kredit bukan bank? | EDE 2 : The Consumer Credit Act was introduced last year. To what extent has it been effective in regulating credit practices and protecting consumers, particularly in relation to loans, financing, hire purchase and non bank credit services? |
KAEDAH PENILAIAN
1. Isi karangan esei perlu bertepatan dengan tajuk yang dipilih dan merupakan idea asli daripada peserta. Sebarang esei yang mengandungi unsur plagiarisme akan ditolak dengan serta merta.
2. Esei mesti mempunyai pendahuluan, pengolahan isi yang kritis dan kreatif, dan juga penutup.
3. Penggunaan tatabahasa yang sesuai dan ejaan yang betul.
HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH)
| BAHASA MELAYU | BAHASA INGGERIS | ||
| PEMENANG PERTAMA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG PERTAMA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEDUA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KETIGA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEEMPAT | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEEMPAT | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KELIMA | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KELIMA | RM 50 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN | HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH)
| BAHASA MELAYU | BAHASA INGGERIS | ||
| PEMENANG PERTAMA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG PERTAMA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEDUA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KETIGA | RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEEMPAT | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEEMPAT | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KELIMA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KELIMA | RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN | HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 50 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI C (INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, PRA-UNIVERSITI)
| BAHASA MELAYU | BAHASA INGGERIS | ||
| PEMENANG PERTAMA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG PERTAMA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEDUA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KETIGA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN | HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN |
KATEGORI D (GURU)
| BAHASA MELAYU | BAHASA INGGERIS | ||
| PEMENANG PERTAMA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG PERTAMA | RM 500 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KEDUA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KEDUA | RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN |
| PEMENANG KETIGA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN | PEMENANG KETIGA | RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN |
| HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN | HADIAH SAGUHATI (3x) | RM 100 + SIJIL PENYERTAAN |
* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)