banner_01

PERTANDINGAN E-POSTER CANVA KEPENGGUNAAN 2026

TERBUKA KEPADA KATEGORI :
•    KATEGORI A : Sekolah Rendah (Darjah 4 – Darjah 6) 
•    KATEGORI B : Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – Tingkatan 5)

SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan e-poster ini WAJIB menggunakan aplikasi CANVA. (Nota: Setiap kos langganan adalah di bawah tanggungan sendiri).
  2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
  3. Setiap penyertaan WAJIB mempunyai seorang Guru Pembimbing. (Nota : Guru Pembimbing akan turut mendapat sijil penyertaan).
  4. Medium bahasa : Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam e-poster).
  5. Medium penyertaan : Platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok (Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan ke mode public).
  6. E-poster hendaklah menggunakan saiz dimensi seperti berikut:
                 •    1,200 X 630 pixels (Facebook) 
                 •    1,080 x 1,080 pixels (Instagram dan Tiktok)
  7. Setiap e-poster WAJIB mempunyai logo FOMCA dan logo HPM 2026 yang boleh didapati di laman sesawang ini (Senarai dokumen & logo)
  8. Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah pada 7 Ogos 2026.

TAJUK DAN KOD PERTANDINGAN

KATEGORI A :

PA 1 : Sayangi bumi, kurangkan penggunaan plastik / Love the earth, use less plastic
PA 2 : Kumbahan terurus, alam sekitar selamat / Managed sewerage, a safer environment

 

KATEGORI B :

PB 1 : Beli dulu, bayar kemudian / Buy Now, Pay Later
PB 2 : Produk selamat, pengguna yakin (Petunjuk: Logo keselamatan) / Safe products, confident consumers (Hint: Safety logos)

 

CARA PENYERTAAN
1.    Peserta WAJIB mendaftar penyertaan melalui pautan Google Form, SILA DAFTAR DI SINI atau dengan mengimbas kod QR yang tertera di halaman ini.

2.    Setiap hasil karya e-poster Canva WAJIB disimpan dalam bentuk fail PNG/JPG. Kemudian, hasil karya tersebut WAJIB dimuat naik melalui akaun media sosial peserta (Facebook/Instagram/TikTok) berserta :
         •    caption yang menarik dan kreatif mengikut tajuk yang dipilih
         •    hashtag #FOMCA #HPM2026 #WCRD2026; dan
         •    wajib tag akaun @fomcaofficial dan juga 5 orang rakan di post tersebut
*Nota : Akaun media sosial yang digunakan bagi tujuan pertandingan ini perlu ditetapkan kepada mode public

3.    Peserta juga WAJIB memuat naik hasil karya e-poster Canva melalui Google Drive dan kongsikan/share pautan Google Drive tersebut di dalam ruangan borang pendaftaran Google Form untuk tujuan rekod dan simpanan pihak penganjur. (Sila pastikan pautan Google Drive ditetapkan kepada tetapan “can view" dan boleh dibuka oleh "anyone").

4.    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak urusetia HPM di talian 03-7876 4648 atau sila layari laman sesawang di www.mypengguna.com

KAEDAH PENILAIAN
1.    E-poster Canva yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan seperti berikut:

Menepati tema 30 Markah
Idea (isi kandungan) 30 Markah
Kreativiti / Inovasi 30 Markah
Jumlah VIEW dan LIKE terbanyak 10 Markah
Markah keseluruhan 100 markah

 

2.    Kandungan e-poster mestilah kreatif, menarik dan menepati dengan tajuk yang dipilih. 
3.    Mesej yang terkandung di dalam e-poster perlu mempunyai impak yang positif kepada pengguna di Malaysia.

HADIAH PEMENANG
KATEGORI A (SEKOLAH RENDAH) 

PEMENANG PERTAMA RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEDUA  RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KETIGA  RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEEMPAT  RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KELIMA RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
HADIAH SAGUHATI (3x) RM 50 + SIJIL PENYERTAAN

 

KATEGORI B (SEKOLAH MENENGAH) 

PEMENANG PERTAMA RM 400 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEDUA  RM 300 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KETIGA  RM 200 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KEEMPAT  RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
PEMENANG KELIMA RM 100 + SIJIL PENCAPAIAN
HADIAH SAGUHATI (3x) RM 50 + SIJIL PENYERTAAN

* Semua pemenang (kecuali pemenang saguhati) akan menerima sijil pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)