HOME
SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG PERTANDINGAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2026
- Details
- Category: Uncategorised
- Hits: 16

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia (HPM) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA sejak dari tahun 2002 sehingga kini. Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, dari pelajar Sekolah Rendah atau Menengah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, termasuk guru sekolah.
Tahun 2026 merupakan tahun ke-24 pertandingan HPM ini diadakan.
Tahun ini, terdapat 3 jenis Pertandingan Kepenggunaan iatu Pertandingan Mengarang Esei, Pertandingan E-poster Canva, dan Pertandingan E-video Canva. Peserta pertandingan ini akan mendapat sijil Peringkat Kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diambil kira dalam pemarkahan pelibatan kokurikulum bagi Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
JOM ASAH BAKAT ANDA MELALUI PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN INI!
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Ogos 2026.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia HPM di talian 03-7876 4648 / 03-7876 2009 atau talian WhatsApp 010-557 4648.