Monday, October 23, 2017

PENGUMUMAN

mfc winners

PERTANDINGAN “SPEAK UP”

Merancang satu projek di sekolah atau komuniti anda berdasarkan konsep Tanggungjawab Sosial

Kategori
A: Sekolah Menengah
B: IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6



Topik

Kategori A: Sekolah Menengah
UAE1: Responsible Management Of General Waste
UAM1: Pengurusan Sisa Umum Yang Bertanggungjawab

Kategori B: IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
UBE1: Environment Friendly Wastewater Management
UBM1: Pengurusan Air Sisa Yang Mesra Alam

Cara Penyertaan

CARA DAN SYARAT PENYERTAAN

  1. Semua pelajar-pelajar sekolah menengah, IPTA/S, pascasiswazah, pelajar Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6 dijemput menyertai pertandingan ini.
  2. Peserta perlu membentuk kumpulan 3-5 orang untuk menyertai pertandingan ini. Setiap kumpulan hendaklah dibimbing oleh seorang guru/ pensyarah/ penasihat.
  3. Anda boleh melayari www.mypengguna.com untuk maklumat lanjut.
  4. Peserta kategori A WAJIB mendaftar dengan kebenaran guru/ sekolah. Pendaftaran tanpa kebenaran tidak akan dilayan.
  5. Tarikh tutup pendaftaran SPEAK UP! adalah pada 3 APRIL 2017. Pendaftaran boleh dibuat www.mypengguna.com/speakup 
  6. Peserta kategori A dan B WAJIB mengikuti sesi taklimat atas talian (online) yang memberikan pengenalan konsep pertandingan, proses SPEAK UP!, cara dan format membuat kertas cadangan di www.mypengguna.com
  7. Anda boleh muat turun kursus taklimat untuk anda mengikuti semula/ rujukan semula pada masa hadapan di laman web pendaftaran atau Forum Air Malaysia di Youtube.
    • Sekiranya pihak peserta kategori A dan B mempunyai kekangan mengakses internet untuk pendaftaran, taklimat, pihak urusetia boleh mengaturkan satu sesi taklimat di sekolah/ institusi anda tanpa kos. Tarikh dan waktu yang sesuai boleh dibincangkan dengan pihak urusetia bagi sesi taklimat ini, namun taklimat perlu dijalankan sebelum tarikh tutup pendaftaran iaitu sebelum 3 April 2017 bagi Kategori A dan B.Sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut.
  8. Selepas taklimat ini, peserta daripada kedua-dua kategori ini hendaklah menghasilkan satu kertas cadangan (proposal) yang membincangkan masalah dan pelan penyelesaian isu atau topik yang ingin diketengahkan untuk perhatian pihak sekolah, institusi atau masyarakat anda. Butiran, format dan cara untuk menyediakan kertas cadangan akan dijelaskan dalam sesi taklimat online. Projek dan segala aktiviti untuk projek anda WAJIB mempunyai elemen dan rujukan yang berkaitan. Penyertaan yang TIDAK mempunyai rujukan berkaitan akan ditolak.
    • Kertas cadangan mestilah dihantar kepada pihak urusetia melalui e-mel (e-mel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it : Tarikh terakhir adalah sebelum 18 APRIL 2017 bagi semua kategori
  9. Bahan promosi, gambar sebelum dan selepas serta bahan rujukan aktiviti untuk pengurusan air sisa dan pengurusan pencemaran air yang digunakan dalam perancangan aktiviti perlu dilampirkan kepada urus setia.
  10. 5 kumpulan daripada setiap kategori akan disenarai pendek berdasarkan kertas cadangan yang dihantar. Setiap kumpulan yang terpilih akan menerima dana tajaan berjumlah RM1000.00.
  11. Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan projek yang dicadangkan.
  12. Kumpulan terpilih daripada kategori A boleh mula melaksanakan projek bermula MEI 2017.
  13. Kumpulan terpilih daripada kategori B boleh mula melaksanakan projek bermula MEI 2017.
  14. Semua projek (kategori A & B) hendaklah diselesaikan sebelum pertengahan bulan OGOS 2017.
  15. Kumpulan yang terpilih daripada setiap kategori hendaklah memaklumkan tarikh pelaksanaan projek kepada Urusetia. Wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Forum Air Malaysia akan menghadiri salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk menilai projek (antara MEI- pertengahan OGOS 2017).
  16. Setiap kumpulan terpilih hendaklah menghantar satu laporan akhir kepada Urusetia sebelum 8 SEPTEMBER 2017 melalui e-mel kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  17. Segala penyertaan, bahan-bahan promosi dan bahan lain yang dihantar tidak akan dikembalikan dan segala penyertaan akan menjadi hak milik SPAN dan Forum Air Malaysia.
  18. 3 pemenang utama bagi setiap kategori akan menyertai pameran yang akan diadakan sempena sambutan Hari Habitat Sedunia pada bulan October / November 2017.
  19. Hanya pemenang utama iaitu pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga daripada setiap kategori akan menerima hadiah semasa sambutan Hari Habitat Sedunia. Hadiah pemenang-pemenang sagu hati akan diberikan oleh Urusetia melalui cek yang akan dimasukkan ke dalam akaun pemenang-pemenang.
  20. Pemenang-pemenang sagu hati akan dihubungi oleh Urusetia.
  21. Piala Tun Lim Keng Yaik akan dianugerahkan kepada pemenang keseluruhan Pertandingan SPEAK UP semasa sambutan Hari Habitat Sedunia.

alt

PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT? HUBUNGI URUSETIA SPEAK UP 2017 HARI INI!

Layari http://www.mypengguna.com untuk pendaftaran, video informasi dan taklimat SPEAK UP 2017

TEL: 03-7875 3168 (Waktu Pejabat 8.00pg – 5.00ptg)

FAX: 03-7875 2168

E-MEL: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Hantarkan pertanyaan dan kertas cadangan anda kepada kami!

FACEBOOK: http://www.facebook.com/forumairmalaysia

Like untuk mendapatkan maklumat terbaru dan mengenai aktiviti-aktiviti SPEAK UP yang telah dijalankan. Sumber inspirasi terbaik daripada rakan-rakan SPEAK UP seluruh Malaysia!

YOUTUBE:Forum Air Malaysia

Layari dan subscribe untuk video-video informasi berkaitan dengan tema.


Hadiah

Kategori A
Hadiah Pertama RM2,500.00
Hadiah Kedua RM1,500.00
Hadiah Ketiga RM1,000.00
Hadiah Sagu Hati (x2) RM 300.00

Kategori B
Hadiah Pertama RM3,000.00
Hadiah Kedua RM2,000.00
Hadiah Ketiga RM1,500.00
Hadiah Sagu Hati (x2) RM 300.00
* Sijil Penghargaan untuk Guru / Pensyarah Penasihat pemenang utama dan pemenang sagu hati.
* Semua pemenang akan menerima Sijil Pencapaian yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

MySWITCH 2017