Wednesday, August 23, 2017

PENGUMUMAN

mfc winners

SOALAN LAZIM BERKAITAN HARI PENGGUNA MALAYSIA

  1. Apakah itu Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia? Dan apakah objektifnya?
  2. Bilakah tempoh pertandingan? Adakah penyertaan melalui e-mail diterima?
  3. Apakah pertandingan yang dipertandingkan? Dan Siapakah yang layak menyertainya?
  4. Adakah saya boleh menyertai lebih daripada satu kategori pertandingan ?
  5. Adakah saya akan menerima sijil penyertaan?
  6. Bagaimana proses penyediaan sijil dan mengapa saya tidak menerima sijil?
  7. Bagaimana untuk menyertaiAnugerah Penyertaan Terbanyak ?
  8. Bolehkah pihak sekolah ingin menjemput FOMCA mengadakan ceramah di sekolah?
  9. Bilakah Pertandingan Kepenggunaan di Pasaraya Giant diadakan dan bagaimana untuk menyertainya? Adakah saya akan menerima sijil?
  10. Bagaimana saya ingin menyertai Pertandingan Mewarna Peringkat Akhir dan dimanakah lokasinya?
  11. Apakah yang boleh saya bawa untuk menyertai Pertandingan Mewarna?
  12. Bagaimana untuk menyertai Pertandingan Blog?
  13. Saya telah mempunyai blog dan adakah saya perlu mendaftarkan akaun baru untuk pertandingan ini? Bagaimanakah ia dipertandingkan?
  14. Bilakah keputusan Pertandingan Kepenggunaan akan diumumkan? Bagaimanakah saya ingin menuntut hadiah sekiranya saya berjaya?
  15. Adakah saya boleh mendapatkan kembali hasil karya yang telah dihantar?

1. Apakah itu Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia? Dan apakah objektifnya?
Pertandingan Kepenggunaan diadakan bersempena Hari Pengguna Malaysia yang disambut setiap 26 Julai di peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepenggunaan kepada pelajar sekolah, mahasiswa dan masyarakat amnya. Umumnya pendidikan ini tidak diperolehi secara formal di sekolah dan melalui pertandingan ini masyarakat dapat mengetahui peranan, tanggungjawab dan tindakan mereka dalam menghadapi era globalisasi.

2. Bilakah tempoh pertandingan? Adakah penyertaan melalui e-mail diterima?
Pertandingan akan dilancarkan pada Februari 2017 dan akan berakhir pada 23 Jun 2017. (TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017) Semua penyertaan hendaklah dihantarkan kepada Urusetia HPM 2017 sebelum atau pada 23 Jun 2017 secara pos, email atau menghantar terus hasil karya ke pejabat FOMCA. Penghantaran hasil karya melalui emel hanya untuk Pertandingan Blog dan Mengarang Esei sahaja. Pertandingan lain perlu dihantar secara “hard-copy” ke pejabat Urusetia HPM 2017.

3.Apakah pertandingan yang dipertandingkan? Dan Siapakah yang layak menyertainya?
12 jenis pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya Pertandingan Mengarang Esei, Melukis Poster, Buku Skrap, Blog Kepenggunaan, Kartun, Fotografi, Speak-up dan Mewarna di Pasaraya Giant. Sila rujuk kategori-kategori setiap pertandingan di laman web www.mypengguna.com .

4. Adakah saya boleh menyertai lebih daripada satu kategori pertandingan ?
Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam satu kategori pertandingan dan hanya layak menerima satu sijil/hadiah sahaja. Contoh: Adik Musa menghantar dua (2) esei Bahasa Malaysia dan satu (1) penyertaan bagi pertandingan poster. Sekiranya adik Musa berjaya, adik Musa hanya layak menerima satu sijil/hadiah sahaja.

5. Adakah saya akan menerima sijil penyertaan?
Sijil akan diberikan kepada semua peserta pertandingan samada menang ataupun sebaliknya. Peserta layak menerima sijil bagi setiap kategori yang disertai seperti Adik Musa, beliau layak menerima dua (2) sijil iaitu sijil penyertaan Esei dan Poster. Walaupun adik Musa menghantar dua (2) esei beliau hanya akan menerima satu sijil sahaja.

6. Bagaimana proses penyediaan sijil dan mengapa saya tidak menerima sijil?
Sijil diproses berdasarkan maklumat penyertaan peserta pada borang penyertaan pertandingan. Borang pertandingan mesti dilekatkan atau dilampirkan bersama pada setiap kategori pertandingan yang disertai. Urusetia tidak dapat memproses sijil penyertaan sekiranya maklumat yang diminta tidak lengkap atau tidak jelas dan tidak akan menanggung sebarang kerosakan atau kehilangan penyertaan. Peserta yang tidak menerima sijil penyertaan boleh menghubungi Urusetia untuk maklumat lanjut.

7. Bagaimana untuk menyertai Anugerah Penyertaan Terbanyak ?
Terbuka kepada semua sekolah termasuk Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Pengetua atau Guru Besar dikehendaki mendaftarkan maklumat penyertaan di laman web www.mypengguna.com. Urusetia juga menggalakkan pihak sekolah menyediakan senarai nama pelajar yang menyertai pertandingan untuk memudahkan urusan penyediaan sijil penyertaan. Contoh format excel boleh dirujuk di laman web www.mypengguna.com.

8. Bolehkah pihak sekolah ingin menjemput FOMCA mengadakan ceramah di sekolah?
FOMCA mensasarkan sebanyak 200 buah sekolah bagi sesi ceramah di sekolah Rendah, SJK C, SJK T dan Sekolah Menengah di semenanjung Malaysia dari bulan Februari hingga bulan Jun 2017. Pihak sekolah boleh menghubungi Urusetia HPM 2017 ditalian 03-7876 4648 untuk pertanyaan lanjut. Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin - Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara

9. Bilakah Pertandingan Kepenggunaan di Pasaraya Giant diadakan dan bagaimana untuk menyertainya? Adakah saya akan menerima sijil?
Sila rujuk tarikh, jadual lokasi terkini dan borang pendaftaran Pertandingan Mewarna di Pasaraya Giant di laman web www.mypengguna.com dan peserta boleh mendaftar terus pada hari pertandingan.

10.Bagaimana saya ingin menyertai Pertandingan Mewarna Peringkat Akhir dan dimanakah lokasinya?
Peserta boleh membuat pendaftaran Pertandingan Mewarna Peringkat Akhir menerusi borang penyertaan di laman web www.mypengguna.com atau mendaftar terus di lokasi pertandingan akhir.

11. Apakah yang boleh saya bawa  untuk menyertai Pertandingan Mewarna?
Urusetia tidak akan menyediakan sebarang peralatan mewarna dan peserta perlu membawa peralatan mewarna sendiri. Hanya PENSEL WARNA sahaja di benarkan untuk pertandingan mewarna ini.

12. Bagaimana untuk menyertai Pertandingan Blog?
Peserta perlu mendaftar akaun blog melalui www.blogger.com. Penyertaan blog adalah secara individu dan mengikut syarat kategori. URL website tidak diambil kira dalam penyertaan ini.

13. Saya telah mempunyai blog dan adakah saya perlu mendaftarkan akaun baru untuk pertandingan ini? Bagaimanakah ia dipertandingkan?
Ya, peserta perlu mendaftarkan akaun blog yang baru untuk pertandingan ini dan hantarkan maklumat penyertaan pertandingan kepada Urusetia HPM 2017. Urusetia akan membuat penilai blog peserta dari masa ke semasa dari aspek kandungan, kreativi persembahan, follower , terkini dan yang berkaitan. Penilaian keseluruhan akan dibuat selepas tarikh tutup pertandingan. Semasa itu, peserta tidak dibenarkan membuat sebarang penambahan.

14. Bilakah keputusan Pertandingan Kepenggunaan akan diumumkan? Bagaimanakah saya ingin menuntut hadiah sekiranya saya berjaya?
Keputusan penuh pemenang pertandingan akan diumumkan melalui laman web www.mypengguna.com pada 9 September 2017. Pemenang Utama akan dihubungi awal bulan Ogos 2017. Pemenang saguhati akan dimaklumkan melalui email atau panggilan secara peribadi atau sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

15. Adakah saya boleh mendapatkan kembali hasil karya yang telah dihantar?
Hasil karya yang telah dihantar tidak akan di pulangkan kembali dan menjadi hak milik Urus Setia HPM 2017.


Back to top

(TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017)

Logo with Font

MySWITCH 2017