Monday, October 23, 2017

PENGUMUMAN

mfc winners

PERTANDINGAN CABARAN KEWANGAN – ALLIANZ FINANCE CHALLENGE

alt



CABARAN KEWANGAN ALLIANZ 2017

Tema: ‘Perlindungan dan Permuliharaan Alam Sekitar ‘


Pilih satu lokasi pilihan anda di dalam Malaysia dan anjurkan satu aktviti atau program di situ yang dapat membantu peningkatan tahap kesedaran alam sekitar, melindungi atau memperbaiki keadaan alam sekitar dalam kawasan program dijalankan. Anda diberi kebebasan untuk mengendalikan projek ini mengikut rancangan anda sendiri, selagi ia di dalam sekitar bajet dan selari dengan tema pertandingan ini.


Arahan

  • Anda perlu menghantar kertas cadangan dan video pembentangan. Berikut adalah garis panduan yang telah ditetapkan iaitu:-
    1. Tentukan dan terangkan lokasi yang dipilih dan aktiviti yang telah akan dijalankan pada program tersebut.
    2. Huraikan secara terperinci bagaimana projek ini dapat dikaitkan sejajar dengan tema Perlindungan dan Permuliharaan Alam Sekitar dan kesedaran untuk menangani isu-isu yang berkaitan.
    3. Berikan pendapat dan idea anda bagaimana masyarakat dapat memainkan peranan dalam menangani isu-isu tersebut.
    4. Setiap kumpulan mesti menyertakan semua butiran secara terperinci dan bajet yang realistik untuk seluruh projek. Jumlah keseluruhan bajet mestilah tidak melebihi RM5, 000, yang seharusnya meliputi kos pengangkutan, penginapan, aktiviti, makan dan minum serta apa-apa perbelanjaan-perbelanjaan lain bagi menanggung kumpulan anda (termasuk guru).
    5. Tunjukkan perbandingan harga di dalam bajet anda untuk pilihan yang berbeza yang ada dan jelaskan kenapa kumpulan anda membuat keputusan tersebut.
    6. Tekankan pengajaran dan moral yang dapat diambil menerusi projek ini dari aspek kesedaran alam sekitar dan peningkatan pembangunan peribadi.
  • Tempoh perjalanan anda (jika ada) mestilah tidak melebihi 3 hari 2 malam. Bagaimanapun jika ada sebarang penambahan tempoh penginapan, anda perlu menerangkan dan menjelaskan keperluannya.
  • Panjang video hendaklah tidak melebihi 5 minit. Sekiranya lebih daripada masa yang ditetapkan, kumpulan anda akan dikenakan penalti dan markah akan dipotong semasa proses penilaian.
  • Anda diberi kebebasan penuh untuk merakam video tersebut menggunakan sebarang gaya yang anda inginkan, seperti gaya perbentangan, penceritaan lakon peranan, gaya animasi, slaid fotografi dan sebagainya. Pastikan anda menyediakan video yang berkualiti tinggi supaya penyampaian kandungan dapat disampaikan secara jelas.
  • Pastikan kandungan video anda dibentangkan secara jelas dan kreatif. Markah tambahan akan diberikan kepada kumpulan yang dapat memenuhi kriteria berkenaan.

Terma dan syarat


  • Penyertaan hendaklah terdiri daripada empat orang pelajar dan seorang guru penasihat bagi membimbing sepanjang projek dijalankan. Berdasarkan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, kumpulan peserta yang mempunyai seorang atau lebih pelajar perempuan wajib melantik guru wanita sebagai guru penasihat.
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Malaysia.
  • Penyertaan boleh dihantar di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Hasil karya hendaklah asli dan tidak pernah digunakan didalam mana-mana pertandingan lain.
  • Sebarang aktiviti plagiarisme adalah dilarang dan sekiranya didapati berlaku plagiarisme, peserta dibatalkan penyertaan.
  • Semua perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran kertas kerja adalah menjadi tanggungjawab peserta.
  • Keputusan hakim/penilai adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  • Allianz Malaysia memegang hak harta intelektual untuk semua bahan-bahan yang dihantar oleh pasukan yang mengambil bahagian untuk pertandingan (hak harta Intelek yang diiktiraf undang-undang hak eksklusif untuk ciptaan minda / pelbagai aset tidak ketara, seperti karya muzik, sastera, dan seni; penemuan dan ciptaan; dan perkataan, frasa, simbol, dan reka bentuk).
  • Allianz Malaysia berhak untuk menggunakan nama-nama peserta, gambar mereka dan rakaman audio / visual daripada mereka dalam apa juga program publisiti.
  • Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
  • Tarikh tutup untuk penyertaan ialah 19 Jun 2017. Penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Format penyerahan


Kertas cadangan

  • wajib untuk menghantar ‘softcopy’ kertas cadangan projek (pilihan untuk menghantar ‘hardcopy’ ).
  • Dokumen kertas cadangan boleh die-melkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau;
  • Salin dokumen ke Cakera Padat ("CD") dan kurierkan kepada kami di alamat yang disediakan di bawah.
  • Jika anda ingin menghantar dokumen melalui e-mel, sila pastikan saiz fail adalah tidak melebihi 6MB dan ke atas.


Video Pembentangan

  • Muat naik video di YouTube dan e-mel pautan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau;
  • Salin video ke dalam Cakera Padat (“CD”) dengan format AVI, MP4, atau WMV dan kurierkan kepada alamat berikut:

Untuk Perhatian : Jabatan Allianz4Good
Alamat : Allianz Malaysia Berhad,
Level 29, Menara Allianz Sentral,
203 JalanTunSambanthan,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.


Hadiah


Hadiah Pertama : Projek kumpulan pemenang akan dibiayai oleh Allianz Malaysia
Hadiah Kedua : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.
Hadiah Ketiga : Wang tunai sebanyak RM1,000.


* Semua peserta akan menerima sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
* Allianz Malaysia berhak untuk mengubah atau meminda hadiah pada bila-bila masa.

*Sila Muat Turun Borang Penyertaan

MySWITCH 2017