Saturday, May 26, 2018

PENGUMUMAN

PERTANDINGAN ‘MYSWITCH!’ (KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK PERINGKAT SEKOLAH) 2018

PERTANDINGAN ‘MYSWITCH’ (KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK PERINGKAT SEKOLAH)


Sebagai sebahagian daripada Kempen Switch! anjuran FOMCA, WECAM dengan kerjasama TNB, Pertandingan ‘MySwitch’ diadakan bagi memupuk kesedaran tentang penjimatan elektrik dan juga menjadi lebih cekap tenaga dalam aktiviti seharian dan menyumbang kepada kemapanan alam sekitar.


Objektif yang ingin dicapai dalam pertandingan ini adalah:

  1. Mendidik pelajar untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengamalkan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian.
  2. Memberi kesedaran dan mendorong perubahan sikap positif pada pelajar-pelajar tentang kepentingan penjimatan tenaga, kecekapan tenaga dan kesan kepada alam sekitar.

Kategori Penyertaan

  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah

Cara Penyertaan

  1. Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghntar borang penyertaan bersama kertas kerja.
  2. Kertas kerja merangkumi aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik yang akan diadakan di sekolah dan dilampirkan bersama bil elektrik pada bulan Januari, Februari dan Mac.
  3. Kertas kerja hendaklah tidak melebihi 4 muka surat tidak termasuk muka hadapan dan salinan bil elektrik.
  4. Para peserta perlu menghantar borang penyertaan dan kertas kerja sebelum atau pada 30 April 2018.
  5. Para peserta dikehendaki menyediakan Laporan Akhir beserta salinan bil elektrik bagi bulan April, Mei dan Jun.
  6. Laporan akhir hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik yang telah dilakukan di sekolah dan beserta kadar peratusan pengurangan bil-bil elektrik selepas aktiviti penjimatan elektrik dijalankan.
  7. Format laporan akhir boleh didapati di laman sesawang dan para peserta hendaklah mengikuti format laporan akhir tersebut.
  8. Penyertaan adalah lengkap sebaik sahaja pihak urus setia menerima laporan akhir.
  9. Tarikh akhir penyerahan laporan akhir yang lengkap beserta bil-bil elektrik bulan April, Mei dan Jun adalah pada atau sebelum 31 Julai 2018. Laporan akhir yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan di layan.



Penilaian


Pemberian markah adalah berdasarkan:

  1. Kadar peratusan pengurangan penggunaan tenaga elektrik.
  2. Konsistensi dalam pengurangan penggunaan tenaga elektrik tersebut.
  3. Kertas Kerja dan Laporan aktiviti yang dijalankan di sekolah.


*Pihak Urus Setia berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis
*Sebarang borang penyertaan yang tidak diisi dengan lengkap tidak akan dilayan
*Laporan akhir yang dihantar selepas 31 Julai 2018 tidak akan dilayan.

Hadiah

Kategori A (Sekolah Rendah)

Hadiah Pertama RM3,000.00

Hadiah Kedua RM2,000.00

Hadiah Ketiga RM1,000.00


Kategori B (Sekolah Menengah)
Hadiah Pertama RM5,000.00
Hadiah Kedua RM3,000.00
Hadiah Ketiga RM2,000.00

• Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan