Sunday, June 25, 2017

PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

PERTANDINGAN ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERINGKAT SEKOLAH

altKategori

  • A. Sekolah Rendah (SRK, SRJK (C), SRJK (T))
  • B. Sekolah Menengah (SMK)

OBJEKTIF

  • Mengenal pasti sekolah-sekolah yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia
  • Mengiktiraf sekolah dan guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.

PENILAIAN

  • Panel mengambil kira latar belakang sekolah dan jumlah penglibatan pelajar dalam PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN HARI PENGGUNA MALAYSIA (kecuali Pertandingan Mewarna) anjuran FOMCA pada tahun 2017.
  • Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan dan memastikan sekolah memenuhi kriteria Anugerah ini.
  • Sekolah yang telah disenarai pendek akan dihubungi oleh urusetia FOMCA dan perlu menghantar profil sekolah serta senarai aktiviti sebagai bukti sokongan dalam anugerah ini.
  • Guru Penasihat kelab kepenggunaan dan guru-guru yang aktif dalam aktiviti kepenggunaan disarankan untuk menghadiri program kepenggunaan yang akan dianjurkan oleh FOMCA.

PENYERTAAN

  • Borang perlu dilampirkan bersama-sama dengan semua hasil karya pelajar-pelajar sekolah.
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun 2017. (TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017)

Hadiah

Kategori
Hadiah
Wang Tunai
Kategori A

Hadiah (x3)

  • SRK
  • SRJK (C)
  • SRJK (T)
RM2,000.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
Hadiah Sagu Hati (x10) Sijil Pengiktirafan
Kategori B

Hadiah (x1)

  • SMK
RM2,000.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
Hadiah Sagu Hati (x10) Sijil Pengiktirafan

MySWITCH 2017