Monday, October 23, 2017

PENGUMUMAN

mfc winners

PERTANDINGAN ‘MYSWITCH!’ (KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK PERINGKAT SEKOLAH)

PERTANDINGAN ‘MYSWITCH’ (KEMPEN PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK PERINGKAT SEKOLAH)


Sebagai sebahagian daripada Kempen Switch! anjuran FOMCA, WECAM dengan kerjasama TNB, Pertandingan ‘MySwitch’ diadakan bagi memupuk kesedaran tentang penjimatan elektrik dan juga menjadi lebih cekap tenaga dalam aktiviti seharian dan menyumbang kepada kemapanan alam sekitar.


Objektif yang ingin dicapai dalam pertandingan ini adalah:

  1. Mendidik pelajar untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan seterusnya mengamalkan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian.
  2. Memberi kesedaran dan mendorong perubahan sikap positif pada pelajar-pelajar tentang kepentingan penjimatan tenaga, kecekapan tenaga dan kesan kepada alam sekitar.


Kategori Penyertaan

  1. Sekolah Rendah
  2. Sekolah Menengah


Cara Penyertaan

  1. Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu terlebih dahulu mengisi borang penyertaan dan menghantar bersama nombor akaun bil elektrik sekolah kepada pihak urus setia.
  2. Pertandingan akan dimulakan sebaik sahaja maklumat dan kertas kerja yang lengkap telah dihantar kepada urusetia. Para peserta yang berminat perlu mendaftar sebelum 30 April 2017. (TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017)
  3. Aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik perlu dilakarkan dalam satu kertas kerja yang tidak lebih daripada 3-4 muka surat SAHAJA dan boleh mula dilaksanakan selepas penghantaran kertas kerja tersebut kepada urusetia. Bil yang akan dipantau adalah : April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2017.
  4. Para peserta juga dikehendaki menyediakan LAPORAN AKHIR mengenai aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik yang telah dilaksanakan di sekolah, ringkasan kadar peratusan pengurangan bil elektrik dan lampiran bil elektrik bulan April, Mei, Jun, Julai dan Ogos.
  5. Penyertaan adalah lengkap sebaik sahaja pihak urusetia menerima laporan akhir daripada peserta.
  6. Format laporan akan dihantar pada peserta melalui emel/faks/pos atau muat turun di laman sesawang.
  7. Tarikh akhir bagi penyerahan dokumen kepada urusetia adalah 30 September 2017. Dokumen yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  8. Tarikh pendaftaran penyertaan telah dilanjutkan sehingga 14 Julai 2017.


Cara Penyertaan

  1. Hantar borang penyertaan
  2. Kepilkan kertas kerja yang merangkumi aktiviti penjimatan yang akan dijalankan dan lampiran bil bulan Januari 2017, Februari 2017 dan Mac 2017.
  3. Borang penyertaan yang lengkap adalah beserta nombor akaun bil elektrik.


Penilaian


Pemberian markah adalah berdasarkan:

  1. Kadar peratusan pengurangan penggunaan tenaga elektrik.
  2. Konsistensi dalam pengurangan penggunaan tenaga elektrik tersebut.
  3. Kertas Kerja dan Laporan aktiviti yang dijalankan di sekolah.


*Pihak Urus Setia berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis
*Sebarang borang penyertaan yang tidak diisi dengan lengkap tidak akan dilayan
*Laporan akhir yang dihantar selepas 30 September 2017 tidak akan dilayan.

Hadiah

Kategori B (Sekolah Menengah)
Hadiah Pertama RM5,000.00
Hadiah Kedua RM3,000.00
Hadiah Ketiga RM2,000.00

Kategori A (Sekolah Rendah)
Hadiah Pertama RM3,000.00
Hadiah Kedua RM2,000.00
Hadiah Ketiga RM1,000.00


• Setiap penyertaan akan diberikan Sijil Penyertaan Sekolah.

MySWITCH 2017