Sunday, June 25, 2017

PENGUMUMAN

KAMI TIDAK AKAN BEROPERASI DARI 28 JUN SEHINGGA 30 JUN 2017

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU HPM 2017

ANUGERAH GURU HPM 2017

Kategori

  • Sekolah Rendah (SK, SRJK (C ), SRJK (T)
  • Sekolah Menengah (SMK)

Objektif

  • Mengenal pasti guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia.
  • Mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.

Penilaian

  • Para hakim yang terdiri daripada Ahli Panel Jawatankuasa Tertinggi FOMCA akan membuat penilaian penyertaan dan memastikan guru memenuhi kriteria Anugerah ini.
  • Nama guru yang telah disenarai pendek akan dihubungi oleh urusetia FOMCA dan perlu menghantar profil sekolah serta senarai aktiviti sebagai bukti sokongan dalam anugerah ini

Penyertaan

  • Bagi pertandingan Anugerah Guru HPM 2017, guru-guru perlu mengisi borang Anugerah Guru HPM dan menghantarkan kepada urusetia berserta dengan bukti penglibatan guru-guru dalam aktiviti kepenggunaan. Contoh sijil penglibatan dan gambar aktiviti kepenggunaan yang disertai.
  • Guru-guru yang menyertai pertandingan anugerah ini perlulah menganjurkan ceramah kepenggunaan di peringkat sekolah dan di peringkat komuniti dengan kerjasama PIBG sekolah. Pihak sekolah atau guru boleh mendapatkan penceramah daripada KPDNKK terdekat atau menjemput penceramah daripada FOMCA. * Tertakluk kepada kekosongan masa penceramah.
  • Sila hantarkan laporan program kepada urusetia dengan menyertakan lampiran maklumat program seperti nama program,bilangan peserta,senarai nama peserta,gambar aktiviti dan segala maklumat yang berkenaan.
  • Guru yang ingin bertanding dalam Anugerah Tokoh Guru Kepenggunaan perlu menghadiri taklimat kepenggunaan HPM yang dianjurkan oleh pihak FOMCA. (Sila hubungi Urusetia untuk maklumat lanjut).
  • Semua guru boleh menyertai dalam pertandingan ini kecuali Guru Besar, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 23 Jun 2017. (TARIKH TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 JULAI 2017)
  • Bermula pada tahun ini, setiap peserta MESTI memberi ALAMAT E-MEL bagi pemberian sijil penyertaan. Sebarang borang yang tidak lengkap dan tidak mengandungi ALAMAT E-MEL tidak akan diberikan sijil.
  • Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi urusetia HPM di talian 03 78774741, 78764648 atau layari www.mypengguna.com

Hadiah

Kategori
Hadiah
Wang Tunai
Kategori A

Hadiah (x3)

  • SRK
  • SRJK (C)
  • SRJK (T)
RM2,000.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
Hadiah Sagu Hati (x10) Sijil Pengiktirafan
Kategori B

Hadiah (x1)

  • SMK
RM2,000.00
Piala
Sijil Pengiktirafan
Hadiah Sagu Hati (x10) Sijil Pengiktirafan


MySWITCH 2017