Friday, May 22, 2015

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah ditubuhkan pada 10 Jun, 1973 di Alor Star, Kedah. FOMCA akan menyambut ulang tahun ke-40 dalam tahun 2013. Pada masa kini, FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di negeri-negeri yang mengfokuskan dalam isu-isu pengguna. FOMCA telah memilih tema “Memperkukuh Perlindungan dan Pengupayaan Pengguna” untuk ulang tahun ke-40.

Dalam 40 tahun ini, FOMCA telah menghadapi banyak perjuangan dan cabaran pada masa yang sama juga telah mencapai pelbagai kejayaan dalam meningkatkan perlindungan pengguna dan memperkasakan pengguna. FOMCA telah berjuang dan menyokong bagi perlindungan pengguna yang lebih baik melalui undang-undang, dasar, program dan penguatkuasaan.

Photo Gallery 2 - HPM 2014 Carnival and Closing Ceremony

Photo Gallery - HPM 2014 Carnival and Closing Ceremony

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2015

Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.

Penyertaan yang menggalakkan terhadap pertandingan yang masuk tahun ke-14 ini, menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti Kelab Pengguna Sekolah, khususnya di Sekolah Menengah.

Pada tahun 2014, FOMCA sekali lagi telah berjaya mencatatkan sejarah apabila menerima penyertaan sebanyak 129,509 penyertaan secara keseluruhannya, yang sekali gus memecahkan rekod penyertaan pada tahun 2013.

Pada tahun 2015, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM250,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 13 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-

  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan Video Montaj (2 Kategori)
  8. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  9. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  10. 10)Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  11. Kempen Penjimatan Air ‘MyWater’ (3 Kategori)
  12. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
  13. Pertandingan ‘MySWITCH’ (2 Kategori)

“Anugerah Guru HPM”  diadakan dengan tujuan mengenal pasti guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia dan mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.

Selain itu, FOMCA juga mengadakan sesi jerayawara (roadshow) dan pelbagai aktiviti bagi mempromosi pertandingan ini untuk menggalakkan penyertaan, antaranya:

  1. Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
  2. Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
  3. Pertandingan Mewarna di Pasar raya Giant
  4. Pertandingan Mewarna di Komuniti

Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2015 yang diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Akhir Kanak-kanak, gerai pameran, demonstrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut.
    
Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan  (KPDNKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urus Setia HPM.

Sekian, terima kasih    

Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA    
                  

Tarikh Tutup

Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 3hb Julai 2015*.

Hubungi Kami

Alamatkan penyertaan kepada:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015
No. 24, Jalan SS1/22A
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2015
Tel : 03-7876 4648
Faks : 03-7873 0636
E-mel : urusetia@mypengguna.com

Waktu Pejabat kami adalah dari 10:00 pagi. hingga 4:00 petang. Isnin - Jumaat. l **Pejabat kami akan ditutup pada setiap cuti umum mengikut cuti umum negeri Selangor dan Cuti umum Negara