Home Debat Pengguna
PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 11 March 2009 16:33

PERTANDINGAN DEBAT KEPENGGUNAAN
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta dan Institut Perguruan

 

Syarat Pertandingan

  1. Pertandingan Debat Pengguna diadakan di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Johor  pada 18 hingga 21 Jun 2009.
  2. Terbuka kepada semua mahasiswa IPTA/Swasta/Insitusi Perguruan yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja
  3. Hanya satu pasukan sahaja yang layak bertanding dari setiap IPTA/Swasta dan Institut Perguruan.
    Pendaftaran pasukan perlu dilakukan sebelum atau pada  8 Jun 2009.
  4. Sebarang pendaftaran lewat serta penukaran selepas tarikh tersebut tidak dibenarkan dan tidak dilayan.
  5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan ini.
  6. Klik disini untuk muat turun borang penyertaan debat

 

Hadiah

  1. Hadiah Pertama : RM 7,000.00 dan sijil penyertaan
  2. Hadiah Kedua : RM 5,000.00 dan sijil penyertaan
  3. 4 hadiah saguhati : RM 500.00 dan sijil penyertaan
  4. Hadiah Pembahas Terbaik Akhir : RM 500.00 dan sijil penyertaan
  5. Hadiah Pembahas Terbaik Liga : RM 500.00 dan sijil penyertaan

 


 

Pertandingan Kepenggunaan anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia. Tahun ini merupakan tahun ke-7, program seumpama ini diadakan. Setiap tahun pihak penganjur akan mempelbagaikan bentuk pertandingan dan menambahbaik dari program-program terdahulu mengikut kehendak pengguna serta kepentingan pendidikan pengguna masa kini. Salah satu pertandingan kepenggunaan adalah Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA, Swasta dan Institut Perguruan.

 

Pertandingan Debat Kepenggunaan ini mula dianjurkan pada tahun 2005 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang melibatkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam, Swasta dan Institut Perguruan Malaysia. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan dan tahun ini merupakan kali ke-4 penganjuran debat ini diadakan.

 

 

Tahun

Tuan Rumah

Johan

Naib Johan

Pendebat Terbaik

Pendebat Terbaik Liga

2005

IBMM

UTM

UIAM

Syamsul Qamar Abd. Rani (UTM)

X

2006

DBP

UITM TERENGGANIU

UITM SHAH ALAM

Mohd Zhafrie Johari (UITM Terengganu)

X

2007

UNITEN BANGI

UM

UNITEN

(UM)

X

2008

MMU MELAKA

UIAM

UPM

Farhan Nur Diyana Samsudin 

Junnyruin Anak Barat 

2009

UTHM

UPM

UKM

Mohd Syamsul B Salleh (UPM)

Mohd Firdaus Bin Ahmad (UM)

  
Last Updated on Thursday, 25 June 2009 13:02
 
Designed by vonfio.de